Wednesday, 7 November 2018

Cara Pembayaran Tempahan Homestay Taman Kampung Tengah Kluang Johor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung di blog ini..😊

Cara pembayaran tempahan yang perlu para penginap lakukan sebelum check-in.

Sekiranya Tuan/Puan berminat untuk bermalam di teratak kecil kami, apa yang perlu Tuan lakukan adalah;

1) Menghubungi pihak kami di talian 0195806170 atau 0177215836 (boleh juga whatsapp) untuk pertanyaan tarikh dan masa.

2) Sekiranya terdapat kekosongan pada tempoh berkenaan, Tuan/Puan diminta untuk membayar deposit minima sebanyak RM50 ke dalam akaun Maybank 0084 1203 1291 (Rozeetah Shamsir).

3) Membuat baki bayaran sewa homestay mengikut bayaran yang telah dipersetujui kepada pihak kami secara online atau boleh juga dibayar kepada kami pada masa Tuan/Puan check-in.

Diharap pihak penginap jelas dengan cara pembayaran yang telah pun kami tetapkan :)

Terima Kasih atas kesudian para pengunjung untuk membaca dan melawati blog kami ini.




Hubungi kami utk tempahan/pertanyaan: 
☎️ Tel/Mesej/Whatsapp 0195806170 (Cik Khadijah) / 0177215836 (Pn.ita)

Email : homestay.tktkluang@yahoo.com

Peraturan Am Homestay Taman Kampung Tengah Kluang Johor

Para tetamu/penginap diminta mematuhi Peraturam Am yang telah disediakan.




Peraturan dalam bentuk Gambar disediakan untuk simpanan/rujukan para tetamu/penginap.
Sila Klik Gambar Untuk Paparan Yang Lebih Jelas.


atau boleh dibaca di ruang bawah


Peraturan Am (Panduan Kepada Tetamu)

1)  Deposit sebanyak minima RM50 dikenakan untuk tempahan.
Bayaran sepenuhnya secara Online/Tunai semasa Masuk.

2) Waktu Masuk(check in): 2.00 petang.
     Waktu Keluar(check out): 12.00 tengahari.

3) Menghormati kawasan kejiranan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sehingga mengganggu jiran-jiran.

4) Menggunakan perabut dan peralatan yang disediakan dengan baik.

5) Sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebersihan.

6) Sila pastikan semua pintu & tingkap ditutup/dikunci jika tiada di homestay. Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam homestay.

7) Elakkan pembaziran air dan elektrik.

8) DILARANG memaku @ menconteng dinding di dalam atau di luar homestay.

9) DILARANG membawa masuk binatang peliharaan di dalam homestay.

10) Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

11) Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay. Minuman keras/alkohol TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

12) Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat.

13) Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku sebaik saja anda mula menerima kunci homestay. Jangan melakukan apa jua kerosakan terhadap peralatan atau membawa keluar/pulang barangan yang terdapat di dalam homestay.
*Pemilik premis tidak bertanggungjawab atas apa-apa kemalangan, kecederaan anggota tubuh badan dan kehilangan harta benda tetamu.
 
*Pemilik premis berhak untuk membuat sebarang perubahan pada Terma dan Syarat dari semasa ke semasa tanpa notis pemberitahuan.

Tahniah dan Terima Kasih kerana mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.



Hubungi kami utk tempahan/pertanyaan: 
☎️  Tel/Mesej/Whatsapp 0195806170 (Cik Khadijah) / 0177215836 (Pn.ita)

Email : homestay.tktkluang@yahoo.com

Selamat Datang ke Homestay Taman Kampung Tengah Kluang

بسم الله الرحمن الرحيم

Anda mencari rumah persinggahan di Kluang, Johor? Jemputlah menginap di homestay kami dengan tawaran harga yang berpatutan. For Muslim only...

Homestay kami sesuai untuk mengumpul dan menghabiskan masa bersama keluarga. Ia juga sesuai bagi mereka yang bergerak secara berkumpulan dan merancang untuk membuat lawatan yang singkat di Kluang, Johor.

Kami tidak menetapkan bilangan ahli tetapi untuk keselesaan Tuan/Puan sekeluarga, homestay kami boleh memuatkan antara sepuluh hingga lima belas orang dewasa. Kami juga mempunyai harga yang berpatutan untuk pelanggan yang merancang bercuti bersama keluarga mereka LEBIH DARI TIGA HARI.

Homestay TKT (Taman Kampung Tengah) Kluang, Johor menyediakan:

-TIGA BILIK TIDUR
Bilik utama dan bilik ketiga berhawa dingin, kipas dan katil Queen
Bilik lain dilengkapi dengan kipas, katil Double Decker, Katil Single, bantal, selimut dan sejadah+telekung.
((tambahan 2 tilam bersaiz Single, 1 tilam bersaiz Queen dan
bantal disediakan bagi jumlah ahli yang ramai.
Tiada cas tambahan tau....))

-DUA BILIK AIR 
-Satu tandas duduk
-Satu tandas cangkung
-Pemanas air disediakan
 

-RUANG TAMU
TV-Njoi

-RUANG DAPUR
-Peti Ais
-Cerek elektrik+tarmus
-Periuk Nasi Elektrik
-Mikrowave
-Pembakar Roti
-Perkakas memasak disediakan untuk memasak
-Mesin basuh (manual dan auto) disediakan

*rumah dilengkapi sepenuhnya dengan perabut dan bermozek.

check in: 2.00 petang
check out : 12.00 tengahari
 
 
 





 
Terima Kasih atas kesudian para pengunjung untuk membaca dan melawati blog kami ini.



1 minit ke SK Seri Kampung Tengah
3-5 minit ke SMK Abdul Jalil/ SMK Tengku Aris Bendahara/ SK Batu Tiga/
Kluang Barat National School / Pusat Latihan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli/ Petron/Caltex
4 minit ke Masjid Kampung Tengah
4 minit ke Sek Agama Kampung Tengah
5 minit ke Masjid Taman Kasih
5-7 minit ke Kem Batu Tiga
10 minit ke Stesen Bas/Kluang parade/Kluang Mall/Bank-bank
13 minit ke Kem Mahkota Kluang
15 minit ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom/Pusat Rekreasi Gunung Lambak
40 minit ke Gunung Blumut



Hubungi kami utk tempahan/pertanyaan: 
☎️  Tel/Mesej/Whatsapp 0195806170 (Cik Khadijah) / 0177215836 (Pn.ita)

Email : homestay.tktkluang@yahoo.com